Lemak viseral. Macamana nak buang?
Di manakah letaknya lemak viseral?
Lemak viseral disimpan di rongga perut seseorang. Ia dikenali sebagai 'lemak aktif' kerana lemak ini mempengaruhi bagaimana hormon berfungsi dalam tubuh. Dengan kata lain, jika kuantiti lemak viseral banyak dalam badan, boleh mengakibatkan perubahan dalam sistem badan.
Lemak viseral berada dekat dengan banyak organ penting seperti pankreas, hati, dan usus. Semakin tinggi jumlah lemak viseral seseorang, semakin berisiko untuk mendapat diabetes dan penyakit jantung. Lemak viseral adalah normal, bahkan sihat dan membantu melindungi organ. Lemak viseral juga berperanan dalam fungsi endokrin dan sistem imun.
Namun, dalam jumlah yang berlebihan, lemak viseral menimbulkan masalah serius terhadap prestasi dan kesihatan seseorang. Punca pembentukan lemak viseral yang berlebihan adalah disebabkan oleh banyak faktor seperti makanan, gaya hidup dan stress.
Mungkin ada yang tertanya "Adakah lemak viseral ini lemak pada pinggang?"
Tidak.
Lemak yang boleh dicubit di pinggang, lengan, kaki atau di mana sahaja adalah lemak subkutan. Ia tersimpan di bawah kulit. Lemak viseral pula adalah lemak dalaman di sekitar organ perut (kadang-kadang disebut sebagai lemak perut).
Salah satu cara untuk menentukan berapa banyak lemak viseral seseorang adalah dengan mengukur pinggang. Seorang wanita yang pinggangnya berukuran 35 INCI ATAU LEBIH, cenderung mempunyai lemak viseral yang berlebihan. Perkara yang sama berlaku pada lelaki yang pinggangnya berukuran 40 INCI ATAU LEBIH.
Walaupun lilitan pinggang yang lebih besar bermaksud lebih banyak lemak viseral, orang kurus juga boleh mempunyai tahap lemak viseral yang berbahaya bergantung pada komposisi badan. Malah, orang kurus boleh mempunyai tahap lemak visceral yang lebih tinggi.
Bagaimana lemak visceral boleh meningkat?
Berlebihan glukosa dalam badan dan stress yang tinggi boleh menyebabkan lemak viseral meningkat. Walaupun diet yang buruk menyebabkan kegemukan, stress sebenarnya dapat meningkatkan hormon kortisol (hormon stres). Hormon ini merangsang lemak viseral dengan lebih banyak.
Genetik dan hormon juga mempengaruhi bagaimana badan menyimpan lemak. Gabungan hormon kortisol dan hormon insulin meningkatkan pengumpulan lemak viseral. Berita baik, hormon estrogen & testosteron dapat membantu mencegahnya lemak viseral.
Wow! Surprise, kan?
Semasa remaja, lelaki mempunyai tahap testosteron yang lebih tinggi, manakala perempuan mempunyai tahap estrogen yang lebih tinggi. Testosteron menyebabkan otot lebih berat dari lemak. Kesannya, badan lebih maskulin. Estrogen pula menyebabkan taburan lemak wanita pada payudara, punggung, dan paha. Kesannya, lebih feminin.
Seiring usia, wanita mendapat lemak tambahan di pelvis, punggung, paha, dan payudara. Menuju menopaus, tahap estrogen menurun. Berat badan dan lemak badan (terutamanya visceral) bertambah. Penurunan estrogen membuatkan wanita susah mengekalkan berat badan dan cepat menambah berat badan.
Mengapa ini berlaku?
Kerana, strogen menghadirkan unsur penting ke dalam DNA yang bertanggungjawab untuk mengawal berat badan. Ketiadaan estrogen DAN unsur penting tersebut membawa kepada kegemukan yang progresif ketika menopaus.
GC PLUS dan HERBA RAHSIA RIMBA adalah dua produk GreenAard yang membantu menstabilkan tahap estrogen. Jika mahu benefit weight loss, pilih GC PLUS. Jika mahu benefit kitaran haid yang lancar dan mengurangkan gejala menopaus, pilihlah Herba Rahsia Rimba.