Kenapa susah nak hilangkan lemak perut?
Ok, kami akan explain dengan cara yang mudah difahami. Baca baik-baik.
Lemak pada perut dan pinggang adalah jenis lemak visceral. Lemak visceral melepaskan asid lemak secara langsung ke hati. Keadaan itu mempengaruhi sensitiviti insulin dan menyebabkan gangguan metabolik. Ini menjadikan lemak visceral lebih rintang terhadap penurunan berat badan.
Lemak visceral mempunyai bekalan darah yang berkait rapat dengan organ utama. Sebab itulah lemak ini lebih sukar dibakar melalui senaman atau diet. Tambahan pula, hormon seperti kortisol (hormon stres) dan insulin boleh merangsang penyimpanan lemak visceral.
Tekanan kronik, rintangan insulin, dan ketidakseimbangan hormon menjadikan penurunan lemak visceral lebih mencabar. Sebab itulah perut yang buncit selalunya berkait dengan STRES, bukan kerana banyak makan. Sekiranya BMI anda normal tetapi perut buncit, itu bermakna anda sebenarnya skinny fat. Cuba check HbA1C dan kolesterol. Boleh jadi anda sudah menghidap pre-diabetis.
Kami bukan mahu menakut-nakutkan, tetapi ini adalah FAKTA. Lemak visceral dikaitkan dengan risiko lebih tinggi terhadap penyakit kardiovaskular dan komplikasi kesihatan lain. That's why GreenAard sangat pentingkan ukuran lilitan pinggang berbanding angka pada penimbang berat badan.
Oh, ya! Genetik juga memainkan peranan dalam pengumpulan lemak dalam badan. Sesetengah individu ada kecenderungan genetik untuk menyimpan lebih banyak lemak visceral. Ini menjadikan mereka lebih susah mengurangkan lemak walaupun mengubah gaya hidup. Nak tahu banyak lagi informasi tentang berat badan? Follow kami di Telegram GreenAard HQ News.