Kenapa pengidap PCOS susah nak turunkan berat badan.
Ada yang berminat nak cuba GC Plus tapi dalam masa yang sama ada PCOS?
Kami memang tak galakkan those yang ada PCOS untuk ambil GC Plus. Kerana condition PCOS memang cenderung kepada pertambahan berat badan. Situasinya begini :
1. Insulin mengangkut gula kepada otot. Jika badan ada lebih gula daripada yang diperlukan, ia akan menyimpannya sebagai lemak untuk digunakan kemudian bila perlu. Penghidap PCOS menghasilkan lebih banyak insulin dari yang diperlukan. Ini bermakna lebih banyak gula ditukar ke dalam bentuk lemak.
2. Penghidap PCOS mempunyai kadar metabolisme yang lebih perlahan.
3. Penghidap PCOS susah merasa kenyang selepas makan. Ini bermakna mereka terus berasa lapar, walaupun telah makan semua nutrien dan kalori yang diperlukan.
Bermakna, penghidap PCOS memang sukar nak menurunkan berat badan kerana ini melibatkan masalah hormon. Pengambilan GC Plus kurang membantu. Bukan kerana bahan-bahannya tak sesuai untuk penghidap PCOS tetapi kadar penurunannya yang lambat berbanding normal atas sebab masalah hormon. Tapi kalau nak cuba apa salahnya 😀.
 .