Kenapa berat badan bertambah apabila bersenam
"Hari-hari saya bersenam macam nak rak! Jogging, sit-ups, skipping. Tetapi bila timbang, berat bertambah".
Kenapa?
Pertama sekali perlu diingatkan bahawa situasi sebegini tidak berlaku kepada semua orang. Walaubagaimanapun sekiranya berlaku, kemungkinan besar itu bukan pertambahan lemak tetapi pertambahan air yang disebabkan oleh keradangan. Ini kerana, bersenam boleh menyebabkan koyakan kecil pada gentian otot (microtrauma). Cara badan menyembuhkan koyakan kecil ini adalah dengan menggerakkan cecair ke kawasan koyakan dengan membawa bersama sel darah putih.
Pergerakan ini membuka saluran darah dan sel darah putih akan menyingkirkan toksin dan serpihan koyakan tadi. Cecair tadi sudah tentu memberikan sedikit pertambahan pada berat badan, tetapi bersifat sementara. Berehat dengan cukup membantu koyakan otot pulih dengan cepat. Berikan masa kepada diri sendiri. Senaman yang berlebihan juga menyebabkan badan membebaskan hormon kortisol yang menggalakkan pengumpulan lemak, lebih-lebih lagi di sekitar abdomen.
Satu lagi sebab kenapa berat badan bertambah apabila bersenam adalah kerana badan lebih cepat menambah otot berbanding membakar lemak. Bersabar. Kerana eventually lemak akan digunakan juga. GC Plus bukan sahaja membantu mendapatkan berat badan ideal, tetapi menambah otot (increas lean muscle). Pertambahan otot inilah yang menyebabkan berat badan bertambah sedikit atau tidak banyak berubah pada awal pengambilan GC Plus. Ini kerana, pertambahan otot di bawah tisu adipos telah menolak lemak keluar yang mengakibatkan certain bahagian badan kelihatan lebih besar.
Tetapi, semakin bertambah otot, semakin meningkatlah metabolisme badan. Apabila metabolisme meningkat, slowly badan mendapat berat ideal. Sekali lagi, berikan masa kepada badan anda. Be patient. Apabila lemak tadi dibakar menjadi tenaga, anda akan dapat berat badan idaman.
Antara kesilapan ramai orang ketika bersenam dan berdiet adalah, terlalu overestimate kalori yang telah diguna oleh badan. Akibatnya, mereka underestimate kalori telah diambil (dimakan). Mereka menganggap, apabila tidak makan nasi, akan ada pengurangan berat badan. Lalu mereka cenderung mengambil 'light meal' tanpa mengetahui kadangkala 'light meal' itulah yang berkalori tinggi.
Ada pengguna GC Plus yang bertanya "Kenapa saya semakin berat sedangkan saya ambil GC Plus dan bersenam. Sepatutnya saya semakin kurus".
Ya, sepatutnya begitulah. Tetapi, senaman tidak menjanjikan penurunan berat badan jika selepas bersenam seseorang tetap makan dengan banyak (kalori yang banyak). Begitu juga dengan yang bergantung kepada GC Plus semata untuk dapatkan berat ideal (tanpa bersenam). GC Plus boleh bantu meningkatkan metabolisme supaya pembakaran lemak berlaku dengan lebih cepat dari biasa. Tetapi, ia tidak akan merubah apa-apa sekiranya seseorang makan tanpa kawalan.
Makan satu kali sehari juga tidak menjamin anda kurus dengan sihat. Kurang makan secara mendadak boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon yang menyebabkan badan berhenti terus dari membakar lemak. Jadi, berikan masa untuk pertambahan berat badan itu 'mencari jalan keluar'. Jika tak ada perubahan, step back dan lihat sekiranya ada aspek-aspek lain dalam diri yang perlukan penelitian.