Apakah cara terbaik untuk wanita menurunkan berat badan?

Setiap orang berbeza, tetapi kajian menunjukkan wanita menurunkan berat badan dengan cara yang berbeza daripada lelaki. Sebahagian besar orang perlu makan sedikit kalori untuk menurunkan berat badan. Senaman dapat membantu, tetapi memilih makanan yang betul adalah cara terbaik untuk mencapai berat badan ideal.

Gaya hidup memainkan peranan. Tidur yang sedikit, stress dan ubat-ubatan yang diambil secara rutin boleh menyebabkan kenaikan berat badan. Seberapa cepat badan membakar kalori ketika tidak aktif secara fizikal adalah sangat berbeza dengan orang lain berdasarkan genetik, biologi dan medical history. Memakan kurang 500 kalori setiap hari selama seminggu tidak selalu berakhir dengan kehilangan berat badan untuk semua orang.

Walau bagaimanapun, sekiranya seseorang obese, pengiraan kalori boleh membantu menurunkan berat badan. Wanita tidak boleh mengambil kurang daripada 1000 kalori sehari. Sekiranya mahu mengehadkan jumlah kalori sehari, berbincang dengan doktor terlebih dahulu.

Lelaki menurunkan berat badan lebih cepat daripada wanita kerana lelaki mempunyai lebih banyak otot, sementara wanita mungkin mempunyai lebih banyak lemak. Otot membakar lebih banyak kalori daripada lemak, sebab itulah salah satu mekanisma GC PLUS adalah menambahkan jisim otot. Apabila otot bertambah, lemak dibakar dengan lebih cepat.

Portion control juga sangat penting. Wanita yang makan dengan portion yang lebih kecil mempunyai BMI yang lebih rendah daripada wanita yang mengehadkan atau mengelakkan makanan tertentu. Kitaran haid tidak begitu mempengaruhi berat badan. Tetapi haid boleh mempengaruhi berat badan dengan cara lain, iaitu PMS.

Ramai wanita mendapat PMS. PMS menyebabkan seseorang mengidam dan makan lebih banyak makanan manis daripada biasa. Kalori tambahan itu boleh menyebabkan kenaikan berat badan. PMS juga menyebabkan seseorang makan lebih banyak garam. Garam menjadikan tubuh menahan lebih banyak air, yang menaikkan berat badan (tetapi tidak gemuk).

Haid tidak mempengaruhi berat badan, tetapi kehilangan atau kenaikan berat badan boleh mempengaruhi kitaran haid. Wanita yang menurunkan berat badan terlalu banyak atau menurunkan berat badan terlalu cepat boleh berhenti mendapat haid, atau mengalami kitaran haid yang tidak teratur.

Wanita yang gemuk juga boleh mengalami haid yang tidak teratur. Menurunkan berat badan dapat membantu wanita mendapat kitaran haid yang lebih teratur. Lebih sukar untuk menurunkan berat badan selepas menopaus. Tahap estrogen yang lebih rendah menyebabkan kenaikan berat badan selepas menopaus.

Selain itu, kenaikan berat badan boleh juga disebabkan oleh metabolisme yang semakin perlahan ketika meningkat usia, ditambah lagi dengan tabiat makan yang kurang sihat, dan kurang aktif. Semakin berusia, badan kehilangan jisim otot. Bila otot berkurangan, badan membakar sedikit kalori sahaja.

Wanita mesti mengambil sedikit kalori daripada lelaki, terutama ketika usia bertambah. Ini kerana, secara semula jadi wanita kurang otot, lebih banyak lemak, dan lebih kecil daripada lelaki. Wanita memerlukan antara 1600 hingga 2400 kalori sehari. Seiring bertambahnya usia, pengambilan kalori perlu berkurangan untuk mengekalkan berat badan yang sama.

Adakah GC PLUS dapat membantu saya menurunkan berat badan? Bukan sahaja GC PLUS, tetapi doktor mungkin mengesyorkan seseorang mengambil pil weight loss jika:

Anda obesiti (BMI 30 atau lebih)

ATAU

Anda mempunyai berat badan berlebihan (BMI 27 atau lebih) DAN anda mempunyai masalah kesihatan yang berkaitan dengan berat badan

DAN

Anda aktif bersenam sekurang-kurangnya 6 bulan, tetapi hilang kurang daripada 430g seminggu.


Diana Ishak
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart