Kehilangan Lemak vs. Kehilangan Berat Badan

 

Seperti kebanyakan orang, ramai tidak sabar-sabar untuk melihat hasil selepas memulakan weight loss journey. Pada masa yang sama, ramai nak tahu sama ada berat badan yang turun adalah lemak dan bukannya otot atau air.

Penurunan berat badan biasanya berlaku dalam dua peringkat:

  • peringkat awal: rapid weight loss
  • peringkat perlahan: slower and longer period of weight loss

Peringkat pertama penurunan berat badan biasanya berlaku dalam 4-6 minggu pertama.

Kebanyakan penurunan berat badan pada peringkat ini datang daripada simpanan karbohidrat, protein dan air — lemak belum sepenuhnya lagi. Sebahagian besar dari kehilangan berat badan pada peringkat awal ini adalah AIR.

Faktor umur, jantina, berat badan permulaan dan tahap aktiviti fizikal mempengaruhi kelajuan penurunan berat badan. Sebagai contoh, lelaki menurunkan berat badan lebih cepat daripada wanita. Contoh lain, seseorang menurunkan berat badan dengan lebih cepat jika berat permulaannya lebih tinggi (obese).

Semakin ringan badan seseorang, semakin lambat penurunan berat badan. Penurunan berat badan pada peringkat kedua berlaku pada kadar yang lebih perlahan, biasanya selepas 6 minggu dan seterusnya. Ini kerana, pada peringkat kedua, badan sudah mula menyingkirkan lemak. Lemak tidak hilang begitu cepat seperti air.

Ada kalanya, seseorang mengalami penurunan berat badan yang mendatar di mana sedikit atau tiada penurunan berat badan lansung dalam tempoh yang agak lama. Peringkat ini dinamakan WEIGHT LOSS PLATEAU. Weight loss plateau menyebabkan ramai orang give up. 

Weight loss plateau bertahan di antara 8-12 minggu, tetapi ia berbeza mengikut individu. Berada di tahap weight loss plateau agak mencabar kerana badan memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan berat baru.

Sekiranya seseorang menyedari berat badan tidak berganjak untuk tempoh masa yang agak lama, mulakankan diet set yang berbeza. Ini kerana, pada tahap plateau badan sudah tidak lagi menerima diet set yang lama. Badan perlu di'push' dengan extra effort.

Penurunan berat badan bukanlah acara lari pecut. Penurunan berat badan yang sustainable mengambil masa yang panjang. Jika badan mengambil masa bertahun-tahun untuk bertambah berat secara berterusan, begitulah juga ia mengambil masa untuk menurunkannya semula.

Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart