"Kak Di, boleh tak GC PLUS hilangkan selulit?"

TAK BOLEH.

Bukan sahaja GC Plus, tetapi TIDAK ADA sebarang krim atau produk yang boleh menghilangkan selulit. Menurunkan berat badan terutamanya di bahagian paha, punggung dan perut memang boleh mengurangkan appearance selulit tetapi selulit TIDAK AKAN HILANG SAMA SEKALI.

Ini kerana apabila sel lemak wujud, ia adalah milik anda seumur hidup. Sel lemak hanya akan hilang setiap 10 tahun, dan selepas itu bilangannya ditambah bagi menggantikan sel lemak yang hilang. Maka boleh dikatakan sel lemak tidak hilang sama sekali. Penurunan berat badan hanya dapat mengecilkan kandungan sel lemak, tetapi tidak menghilangkan sel lemak itu sendiri.

Jika sudah ada selulit, mendapatkan berat badan yang ideal adalah jalan terbaik untuk mengelakkan selulit baru muncul. Selulit adalah lemak yang terletak di bawah kulit. Lapisan lemak ini terikat pada tisu penghubung yang menyokong kulit. Lama-kelamaan tisu penghubung ini merosot. Apabila itu berlaku, lemak di sekitarnya mula pecah dan menempel pada kulit yang dinamakan selulit.

Di beberapa bahagian badan, proses ini berlaku tetapi tidak dapat dilihat. Hanya apabila proses tersebut berlaku pada kaki, punggung, dan perut, hasilnya berketul-ketul. Punca mengapa sesetengah orang mempunyai selulit sementara ada yang tidak, masih belum jelas.

Wanita lebih cenderung memiliki selulit berbanding lelaki. Genetik juga memainkan peranan dalam pembentukan selulit. Selulit lebih kerap berlaku bila usia meningkat dan pada orang yang mempunyai berat badan berlebihan. Walau bagaimanapun, selulit tidak menyebabkan risiko kesihatan, dan ia tidak perlu dirawat. Tetapi, jika selulit mengganggu, boleh guna kaedah surgery untuk membuangnya.

Tidak ada produk yang berkesan dalam merawat selulit, termasuklah GC PLUS. Apa yang boleh anda lakukan adalah menurunkan berat badan supaya sel lemak mengecil. Ini boleh mengurangkan appearance selulit pada badan. GC PLUS boleh bantu dari sudut itu. GC PLUS membantu badan membakar lebih banyak lemak dengan cara menambahkan jisim otot. Tetapi, anda mesti tahu bahawa sel lemak TIDAK PERNAH HILANG. Jadi, ketika badan sudah mula menyusut, itu adalah kerana lemak sudah keluar dari sel, tetapi sel lemak tetap ada. Jika tidak mengawal pemakanan, sel lemak yang sudah mengecut ini boleh mengembang bila-bila masa sahaja.
Diana Ishak
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart