Inilah yang sebenarnya berlaku kepada badan apabila tidak mengambil karbohidrat.
Karbohidrat adalah kumpulan makanan yang kita mula-mula kurangkan daripada diet apabila kita berharap untuk kurus. Walau bagaimanapun, kita sering terlupa betapa pentingnya karbohidrat untuk menjalankan banyak fungsi dan proses dalam badan.
Big Mac dan Subway 6-inci mengandungi 500 kalori. Itupun, bukan semuanya karbohidrat. 100 gram nasi yang dimasak mengandungi kira-kira 145 kalori. 100 gram beras belum dimasak adalah bersamaan setengah cawan. Setelah dimasak, ia menjadi 300 gram bersamaan hidangan untuk 2 orang.
Dalam sains makan dan nutrisi, purata tahap pengambilan harian yang diperlukan untuk memenuhi keperluan nutrien orang yang sihat ialah 130 gram karbohidrat sehari, iaitu yang bersamaan dengan 500 kalori sehari. Jika digunakan perbandingan nasi putih tadi, bermakna kita memerlukan lebih kurang 7 hidangan nasi sehari (kalau tak makan makanan lain).
Cutting that many calories from your diet, atau menggantikannya dengan makronutrien lain seperti protein atau lemak, akan membawa perubahan di dalam dan di luar badan. The question is, perubahan yang bagaimana?
Kita tahu dengan mengurangkan karbohidrat boleh menurunkan berat badan tetapi boleh menyebabkan rasa lapar dan tahap tenaga menurun. Tetapi apakah yang berlaku di dalam badan apabila kita tidak makan karbohidrat yang membawa kepada perkara sedemikian?
Otak bergantung kepada karbohidrat sebagai bahan tenaga utamanya. Apabila seseorang tidak makan karbohidrat, otak kekurangan sumber tenaga pilihannya. Sel otak sebenarnya hanya berfungsi dengan baik ketika menggunakan karbohidrat sebagai tenaga. Tidak makan karbohidrat boleh menjejaskan fungsi otak secara drastik. Ia boleh menyebabkan "brain fog" dan menjejaskan kitaran tidur, mood dan selera makan. Ini kerana semuanya dikawal oleh serotonin yang dihasilkan oleh otak.
Apabila badan kehabisan karbohidrat sebagai tenaga, badan perlu mencari sumber tenaga lain, lalu ia masuk ke dalam proses ketosis. Ketosis ialah proses di mana badan menukarkan lemak kepada keton. Keton menjadi sumber tenaga baru untuk badan. Ketosis dari segi teori boleh membantu membakar lemak. Walaupun ini kedengaran ideal, mengambil ketosis menyebabkan darah menjadi berasid.
Atas sebab ini, orang yang diabetis mesti berhati-hati apabila mencuba diet keto atau diet rendah karbohidrat yang lain. Untuk yang mahu meneruskan diet rendah karbohidrat seperti Keto dan Atkins, kekurangan karbohidrat melembapkan pengeluaran serotonin. Rangsangan serotonin diperlukan supaya mood dan selera makan dalam kawalan baik. GC PLUS merangsang otak menghasilkan serotonin, membolehkan badan mengawal kitaran tidur, mood dan selera makan tanpa stress.