Dah cuba GC Plus tapi berat tak turun seperti orang lain.
Ada yang tertanya-tanya kenapa berat badannya tak turun-turun tetapi berat badan kawannya turun dengan agak cepat setelah ambil GC Plus. Padahal, dia dah cuba kawal pengambilan kalori dan bersenam sekerap mungkin. Masih lagi berat tiada penurunan. Sedangkan kawannya tidak bersenam pun malah makan sesedap rasa. Yang pelik, turun berat sehingga 5kg sebulan. Macamana boleh jadi begitu?
Ok, mula-mula you all perlu faham ada beberapa sebab yang mempengaruhi penurunan berat badan, sama ada cepat atau lambat. Sebagai contoh, lelaki cenderung untuk turun berat badan dengan lebih cepat berbanding wanita, kerana kebanyakan lelaki secara semulajadi mempunyai jisim otot yang lebih. Otot yang lebih menyebabkan metabolisme menjadi lebih tinggi. Bila metabolisme tinggi, pembakaran lemak menjadi lebih cepat.
Lelaki dan wanita cenderung untuk menyimpan berat badan yang berlebihan di tempat yang berbeza-beza. Contohnya, lelaki di kawasan perut, manakala wanita pula di punggung dan paha. Lemak di kawasan perut biasanya lebih mudah untuk hilang, manakala lemak di punggung dan paha lemak lebih sukar dibakar.
Ramai yang tidak tahu, seseorang yang overweight selalunya lebih senang menurunkan berat badan. Ini kerana semakin seseorang overweight, badannya membakar lebih banyak kalori walaupun hanya berjalan kaki sejauh 500 meter.
Secara gambaran yang mudah, berjalan dengan bebanan 30 kg adalah lebih susah berbanding berjalan dengan bebanan 5 kg. Semakin susah berjalan dengan bebanan yang berat, semakin cepat badan membakar lemak untuk mendapatkan tenaga. Sebab itulah, mereka yang berbadan besar lebih cepat turun berat badan. Yang lebih menarik, mereka yang berbadan besar boleh kurangkan makan tanpa menjejaskan keupayaan badannya untuk berfungsi dengan cekap.
Macam ni. Jika berat badan anda 135 kg, bermakna anda memerlukan 3500 kalori setiap hari untuk kekalkan berat badan tersebut. Jika anda kurangkan 1000 kalori daripada diet setiap hari, badan masih ada 2500 kalori untuk berfungsi dengan baik. Pengurangan 1000 kalori tadi mampu menurunkan berat badan 1 kg setiap minggu. Tetapi jika berat badan anda adalah 68 kg, anda perlu 1800 kalori mengekalkan berat badan ini. Dan jika anda kurangkan 1000 kalori daripada diet, badan anda tidak akan mempunyai tenaga yang cukup dan metabolisme menjadi lambat. Ini membuatkan daya memecahkan lemak menjadi lebih lambat.
Sebab itulah semakin berat badan menghampiri ideal weight, progress weight loss menjadi semakin lambat walaupun berdiet dan bersenam serentak. Walaupun mengambil GC Plus, anda masih perlu makan. Jangan skip makan. Tetapi elakkan makan gula. Perlu juga ambil kira faktor umur dan bentuk badan yang boleh memberi kesan kepada seberapa cepat berat badan boleh turun. Orang yang lebih berusia mengalami kehilangan berat badan dengan lebih perlahan, akibat perubahan hormon dan jisim otot berkurangan, atau mungkin kurang aktif secara fizikal. Jadi, jika anda membandingkan penurunan berat badan dengan orang lain, make sure you're not comparing apples to oranges.
Sesetengah pengguna GC Plus berkongsi banyak faktor seperti saiz badan yang sama, berat badan sama, umur sama, dan aktiviti harian pun sama, tetapi tidak mendapat hasil yang sama. Di sini perlu juga lihat faktor genetik dan masalah individu seperti hypothyroidism, PCOS, imsomnia atau pengambilan ubat-ubatan seperti corticosteroids atau anti-depressants. Faktor-faktor tersebut boleh mempengaruhi penurunan berat yang lambat. Jika anda berada dalam kelompok tersebut, cuba dapatkan khidmat nasihat doktor yang boleh membantu memaksimumkan penurunan berat badan tanpa menjejaskan kesihatan. Tetapi selalunya, kes lambat turun berat badan ini dapat diatasi dengan mengubah diet dan corak aktiviti harian. Kongsikan weight loss card anda kepada kami, biar kami lihat apa yang boleh kami bantu.