Apa Cara Meningkatkan Metabolisme Jika Menghidapi Hipotiroidisme?
Apabila mempunyai hipotiroidisme, kelenjar tiroid tidak menghasilkan cukup hormon, lalu metabolisme menjadi perlahan. Metabolisme yang lebih perlahan bukan sahaja menyukarkan penurunan berat badan, tetapi menyebabkan gejala lain, seperti keletihan dan lemah badan. Tanda-tanda hypothyroidisme adalah:
Tetapi beberapa faktor lain boleh memainkan peranan, termasuk umur, jantina, saiz dan komposisi badan, dan tahap aktiviti fizikal. Kelaparan adalah punca metabolisme rendah. Seseorang yang makan diet rendah kalori dan mengalami keletihan, cuba kembali kepada pemakanan biasa. Pilihan makanan haruslah yang SEIMBANG bagi memastikan metabolisme berjalan dengan kuat. Jangan skip zat-zat tertentu hanya untuk kurus.
Masih tidak jelas sama ada meminum banyak air boleh meningkatkan metabolisme. Walau bagaimanapun, badan memerlukan air yang mencukupi untuk berfungsi dengan baik, kira-kira 2.7 hingga 3.7 liter air setiap hari. Tidak cukup tidur boleh menurunkan kadar metabolisme juga. Kekurangan tidur boleh mengubah metabolisme glukosa dan menurunkan paras hormon leptin (hormon kenyang) dan meningkakan paras hormon ghrelin (hormon lapar).
Boleh nampak sekarang kenapa berat susah turun, kan? Ia bukan sekadar mengurangkan makan, tetapi lebih dari itu. Jika anda mempunyai hipotiroidisme, doktor akan berikan hormon tiroid sintetik. Hormon tiroid sintetik akan menormalkan paras thyroid dalam badan, maka kadar metabolisme dapat dinormalkan juga. Pastikan juga ikut saranan kami tadi - banyakkan minum air, ambil makanan seimbang, jangan skip nutrien tertentu demi nak kurus.
- keletihan
- mengantuk
- lemah otot
- sembelit
- cenderung mendapat selsema
- susah fokus
- kulit kering
- kurang selera makan
- perubahan haid