Apa ada dalam segelas jus buah.

Siapalah yang tak suka jus buah? Lagi-lagi pula yang sejuk, warnanya yang vibrant, rasa pun manis. Walaupun jus memberi beberapa nutrien, ia tidak benar-benar healthy. Berwaspada dengan istilah "jus koktel" jus, "minuman berperisa" dan jus buah. Kebanyakan produk ini hanya mempunyai sedikit jus sebenar.

Bahan utama mereka biasanya air, sedikit jus, dan beberapa jenis pemanis, seperti sirap jagung fruktosa tinggi (high-fructose corn syrup). Dari sudut nutrisi, minuman sebegini serupa dengan kebanyakan minuman ringan yang lain yang kaya dengan gula dan kalori, tetapi rendah nutrien.

"Kak, macamana pula dengan jus buah asli tanpa pemanis tambahan?"

Memang betul 100% jus buah ada sumber vitamin C dan kalium. Masalahnya, terlalu banyak jus boleh menjadi sumber tambahan gula dan kalori. Jus buah tidak mengandungi serat dan phytonutrients yang sama seperti buah-buahan mentah. Minuman soda dan 100% jus buah sama-sama mengandungi 110 kalori dan 20–26 gram gula setiap gelas (240 ml). Kedua-duanya juga boleh meningkatkan risiko penambahan berat badan. Ini kerana kedua-duanya kaya dengan kalori tetapi rendah serat.

Walaupun jus buah tinggi kalori, kalorinya tidak mengenyangkan kerana otak tidak 'kenal' dengan kalori berbentuk cecair. Bila otak tidak 'kenal' dengan kaliri cecair, sebanyak mana anda meminum kalori, perut tidak merasa kenyang. Apabila perut belum kenyang, seseorang cenderung untuk makan pula. Bermakna, badan sudah menambah lebihan kalori dari sepatutnya. Kalori berlebihan membawa kepada penambahan berat badan. Oleh itu, jika masih mahu meminum jus buah, pastikan pada hari itu kurangkan pengambilan kalori dari makanan.
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart