Menguruskan Kolesterol Dengan Ubat atau Rawatan Alternatif?

Masalah kolesterol tinggi adalah isu biasa di seluruh dunia. Walaupun genetik memainkan peranan penting dalam menentukan tahap kolesterol, gaya hidup seperti diet, senaman dan tahap tekanan juga boleh memberi kesan kepada paras kolesterol. Mengekalkan tahap kolesterol yang sihat adalah penting untuk mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok. Jika seseorang telah didiagnosis dengan kolesterol tinggi, doktor mungkin mengesyorkan ubat seperti:
  • statin
  • penyerap kolesterol
  • penyerap asid hempedu, atau
  • perencat PCSK9 (inhibitors)

Ubat-ubatan tersebut berfungsi dengan cara menurunkan paras kolesterol dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Selain daripada ubat-ubatan, terdapat rawatan alternatif yang bersita "ubat semula jadi" yang boleh membantu menguruskan tahap kolesterol. "Ubat semula jadi" ini termasuklah perubahan diet, suplemen dan ubat herba.

Kajian telah menunjukkan bahawa diet berasaskan tumbuhan boleh membantu menurunkan paras kolesterol. Sterol tumbuhan adalah sebatian semulajadi yang terdapat dalam tumbuhan yang telah dikaji dan dibuktikan kesan penurunan kolesterol pada manusia. Mana bukti kajian?

Ada. 

Kajian 1: Ras et al. (2014)
Kajian ini, yang diterbitkan dalam Jurnal Persatuan Jantung Amerika, mengkaji kesan sterol tumbuhan pada paras kolesterol pada individu dengan hiperkolesterolemia. Para penyelidik mendapati bahawa mengambil 2 gram sterol tumbuhan setiap hari membawa kepada pengurangan dalam tahap kolesterol LDL (jahat).

Kajian 2: Gylling et al. (2014)
Dalam kajian terbitan European Journal of Clinical Nutrition, penyelidik mengkaji kesan sterol tumbuhan pada individu yang mengalami sindrom metabolik. Para peserta mengambil diet yang ditambah dengan sterol tumbuhan selama 12 minggu. Kajian tersebut menunjukkan bahawa sterol tumbuhan berjaya mengurangkan tahap kolesterol LDL dengan ketara pada individu yang mengalami sindrom metabolik.

Mesti ada yang nak tahu bagaimana cara sterol tumbuhan menurunkan kolesterol dalam badan manusia, betul tak? Caranya, sterol tumbuhan menyekat penyerapan kolesterol dalam usus kecil. Apabila kita makan makanan yang mengandungi kolesterol, ia diserap ke dalam aliran darah melalui dinding usus dan dibawa ke hati. Hati kemudiannya menghasilkan hempedu, yang membantu memecahkan kolesterol dan mengeluarkannya dari badan. Walau bagaimanapun, apabila sterol tumbuhan hadir, ia bersaing dengan kolesterol untuk diserap ke dalam aliran darah. Ini bermakna kurang kolesterol yang diserap, dan lebih banyak dibuang ke dalam najis. 

Ujian klinikal telah menunjukkan bahawa pengambilan 2-3 gram sterol tumbuhan setiap hari boleh menurunkan tahap kolesterol LDL (jahat) sehingga 10%. Ini bersamaan dengan pengurangan yang dicapai oleh beberapa ubat kolesterol. Nutrijuice ada kandungan sterol yang optimum untuk menurunkan kolesterol tinggi dalam badan. Tetapi, tidak bermakna ambil 1-2 botol Nutrijuice sudah memadai. Tidak, ya. Jika kolesterol anda sudah tinggi, sudah pasti memerlukan masa untuk ia kembali ke tahap normal. Lagipun, setiap hari anda masih makan. Makanan yang dimakan ada kolesterolnya sendiri. Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa walaupun Nutrijuice (sterol tumbuhan) memang berkesan dalam mengurangkan tahap kolesterol, ia tidak boleh digunakan sebagai pengganti diet. Maksudnya, makan Nutrijuice tetapi jika tidak menjaga pemakanan yang lain, progres penurunan kolesterol mungkin terganggu.

Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart