Makan GC PLUS ada inchloss tapi berat statik. Kenapa?

Biasanya ketika menurunkan berat badan, kita menggunakan skala penimbang untuk track weight loss progress. Kerapkali penimbang men-demotivasikan apabila didapati berat tak turun-turun walaupun baju-baju yang dipakai mula longgar. Jangan panik, kami akan terangkan kenapa ini berlaku.

Sebenarnya soalan ni dah biasa kami dapat sejak 5 tahun lepas lagi. Ada yang mengaku baju-baju dah mula longgat tapi berat turun sikit sangat, malah ada yang tak berganjak pun. Look, mekanisme tindakan GC PLUS adalah berbeza, ia bukan fat burner. Cara GC PLUS berkerja salah satunya adalah menambahkan jisim otot.

Sekiranya badan (pinggang) kehilangan inci tetapi berat badan kekal (atau turun sedikit sangat), mungkin badan kehilangan lemak at the same time ada pertambahan jisim otot. Proses pembesaran otot dan kehilangan lemak serentak dipanggil BODY RECOMPOSITION.

Kebanyakan penimbang berat badan tak dapat membezakan antara jumlah lemak badan dan otot yang kita miliki. Sebagai contoh, dua orang boleh mempunyai berat yang sama 68kg tetapi memakai size pakaian yang berbeza kerana mempunyai bahagian lemak dan otot yang berbeza

Bermakna, orang yang mempunyai nisbah otot yang lebih tinggi dari lemak mungkin memakai pakaian yang lebih kecil ssaiznya kerana otot lebih padat dan mengambil ruang yang kurang daripada lemak. Lemak mengambil ruang yang lebih besar kerana sifatnya menggeleber.

Pertambahan otot dan kehilangan lemak secara serentak menyebabkan berat badan menurun lebih perlahan dari masa ke masa. Ini adalah salah satu sebab kita tidak boleh bergantung sepenuhnya pada penimbang berat badan.

Penurunan berat badan bukanlah proses linear, it’s full of peaks and valleys. Ada harinya berat turun dengan cepat, ada harinya berat badan bertambah dengan drastik, dan ada ketikanya berat statik selama berhari-hari. Sebahagian besar punca berat badan turun naik adalah kerana water retention.

Badan menahan air kerana:

Garam Makanan yang tinggi garam boleh menyebabkan buah pinggang menahan air, menyebabkan berat badan meningkat.
Tekanan Tekanan dapat meningkatkan hormon kortisol yang menyebabkan air ditahan dalam badan.
Menstruasi Water retention dan kekembungan adalah perkara biasa semasa kitaran haid.
Ubat-ubatan Ubat-ubatan tertentu, seperti ubat darah tinggi, ubat mengawal gula darah, ubat tahan sakit, boleh menyebabkan water retention.

 

Apabila berat sudah menurun, metabolisme menjadi perlahan secara beransur-ansur lantas mengurangkan kadar penurunan berat badan secara signifikan. Kerana bila berat berkurangan, penggunaan kalori turut berkurangan. Kita tak boleh menggunakan kaedah yang sama lagi untuk menurunkan berat badan. Perlu gunakan kaedah yang lebih ketat.

Pada ketika ini, badan telah mencapai PLATEAU berbulan-bulan (berat menjadi statik). Kalau dulu dengan memakan GC PLUS sahaja sudah memadai, kini anda perlu mengetatkan lagi diet. Mungkin dengan cara berhenti terus mengambil segala makanan yang ada gula. Atau berhenti mengambil makanan bertepung (mee, kuih, biskut, roti).

Ingat! Jangan aim untuk kurus tetapi IDEAL WEIGHT. Perlu menyesuaikan pengambilan kalori berdasarkan faktor usia, jantina, tahap aktiviti dan jangan stress. Stress dan kurang tidur dapat meningkatkan hormon yang mencegah penurunan berat badan, bahkan mendorong kenaikan berat badan.

Diana Ishak
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart