Kenapa kitaran haid berubah bila diet berubah?

Adakah kitaran haid anda agak kurang teratur daripada biasa sejak mengambil GC Plus? Adakah aliran haid menjadi lebih ringan atau lebih heavy? Atau adakah ia datang 2 kali dalam sebulan? Atau lambat datang? Jika sebelum ini ia biasa, apa yang menyebabkan kitaran ini tiba-tiba berubah?

Mungkin tertanya-tanya ‘bolehkah diet menjejaskan kitaran haid saya?’ Jawapannya, YA. Kitaran haid dikawal oleh hormon seperti estrogen dan progesteron. Perubahan dalam hormon ini akan menjejaskan kitaran haid. Penyelidikan menunjukkan bahawa pengeluaran hormon boleh dipengaruhi oleh diet. Jadi, perubahan dalam diet boleh menjejaskan kitaran haid.

# MENYEKAT MAKAN
Sekatan kalori boleh mengubah kitaran haid. Pemakanan yang ketat (seperti Anorexia Nervosa), atau kebuluran, atau weight loss, boleh mengubah aliran dan kitaran haid. Memandangkan GC Plus mengurangkan rasa lapar serta membantu weight loss, adalah NORMAL jika anda mengalami kitaran haid yang tidak menentu pada 1-2 bulan pertama. Lebih-lebih lagi jika dalam tempoh itu berlakunya penurunan berat badan, PASTI kitaran haid berubah sedikit. Ini kerana, pengambilan kalori yang berkurangan dari biasa telah mengganggu hormon yang mengawal kitaran haid dan menyebabkan kitaran berubah.

# BERAT BADAN
Berat badan kurang atau berat badan berlebihan boleh memberi kesan kepada kitaran haid. Jika anda underweight, kitaran haid mungkin tidak teratur, atau dalam kes yang teruk, berlakunya amenorea (haid terhenti). Jika peratusan lemak badan (body fat) terlalu rendah, badan akan berhenti menghasilkan estrogen, oleh itu menghentikan haid. Sebaliknya, overweight juga menyebabkan gangguan haid atau amenorea (haid terhenti). Masalah berlaku apabila badan mempunyai terlalu banyak sel lemak kerana ia boleh menghasilkan jumlah estrogen yang berlebihan. Walau dalam keadaan tidak berlaku ovulasi, darah terus melapisi dinding rahim dan membina lapisan ke tahap yang apabila mendapat haid, aliran menjadi sangat heavy dan lebih panjang daripada biasa. Kehilangan lemak badan boleh membantu memulihkan kitaran haid. Boleh nampak sekarang bahawa kitaran haid yang teratur adalah petunjuk yang baik untuk keseimbangan hormon, kan?

# JUMLAH ISOFLAVON DALAM DIET
Isoflavon (juga dikenali sebagai phytoestrogen) adalah bahan yang wujud dalam tumbuhan tetapi mempunyai struktur yang serupa dengan estrogen badan kita. Apabila kita memakan isoflavon, badan bertindak balas seolah-olah estrogen kita sendiri hadir. Isoflavon boleh memperbaiki gejala menopaus, seperti hot flushes and berpeluh di waktu malam. Dalam rangkaian produk GreenAard - GLOEI, GC PLUS dan HERBA RAHSIA RIMBA - mempunyai kandungan isoflavon yang agak tinggi. Ketika anda mengambil salah satu dari produk GreenAard tadi, maka akan berlaku sedikit perubahan dalam diet akibat isoflavon yang tinggi. Jangan risau. Perubahan ini tidak lama. Bila badan sudah serasi dengan diet yang baru, lama-kelamaan ia akan mendapat kitaran haid yang tetap.
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart