Diet vs Genetik

Konsep weight loss nampak mudah - eat less, move more, eat healthy, move more. Tetapi, jika anda seorang yang bermasalah dalam menurunkan berat badan, mungkin genetik harus dipersalahkan. Bagi orang yang berdiet, kebanyakannya PASTI mendapat kembali separuh dari berat badan yang hilang dalam tempoh 3-5 tahun.

Dapat mengekalkan penurunan berat badan walau hanya 5-10% dianggap pencapaian yang baik. Dapat mengekalkan sekurang-kurangnya 3% dari berat asal masih dikira bagus (kerana selalunya setelah berat badan turun, tak sampai 1 tahun sudah naik semula). Keupayaan berat badan untuk turun, bertambah atau kekal bergantung pada faktor genetik, persekitaran, dan habit. Tetapi berapa besarkah peranan genetik dalam menurunkan berat badan berbanding mengawal pengambila makanan?

Lebihan isi di perut semestinya datang dari somewhere, kan? Masalah berat badan weren’t simply inherited dari ibu bapa, betul tak? Mungkin dari diet. Mungkin dari genetik. Atau, mungkin a little bit of both.

Genetik memainkan peranan dalam komposisi badan, terutamanya lemak. Badan manusia dirancang untuk menyimpan lemak di tempat-tempat tertentu, bergantung pada jantina, usia, dan genetik. Sekiranya anda seorang wanita, secara semula jadi, anda membawa lebih banyak lemak daripada lelaki kerana lemak memainkan peranan besar dalam proses pembiakan.

Genetik pula menentukan sama ada wanita akan membawa lemak ini di sekitar pinggul atau paha atau di bahagian atas badan. Salah satu daripada gen ini, dikenali sebagai gen FTO, adalah gen yang berkaitan dengan kegemukan. Gen FTO menyumbang kira-kira 1% heritability. Mereka yang membawa gen FTO mempunyai potensi menjadi obese.

Proses menurunkan berat badan sebenarnya tidak semudah bersenam, kurangkan makan, banyakkan minum air, berhenti makan nasi - NO. Walaupun itu membantu, ada banyak faktor lain yang menyumbang kepada weight management. Jadi, jangan bandingkan hasil anda dengan orang lain, tetapi perhatikan progress diri anda berbanding semalam.
Diana Ishak
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart