"Tumit saya pecah and retak. Produk GreenAard yang mana saya kena pakai?"

Tumit retak adalah masalah kaki yang biasa. Ia berlaku pada orang dewasa dan kanak-kanak, tetapi lebih kerap terjadi pada wanita berbanding lelaki. Disebabkan crack heels adalah masalah biasa, maka jangan kelam-kabut beli bermacam-macam ubat untuk treatment. 

Rawatan pertama, gunakan balm atau lotion. Selalunya punca crack heel kerana kulit kurang lembap. jadi, apply lotion atau balm untuk melembutkan kulit di bahagian itu. Sapu Vaseline pun boleh.

Di samping itu, kenalpasti dulu punca crack feet. Kalau treat tanpa mengetahui punca pun tak guna juga. Persekitaran dalam kasut boleh menjadi sangat panas. Perubahan haba dan kelembapan menyebabkan air hilang dari kulit dan akhirnya lapisan atas kulit menebal.

Sabun tertentu juga boleh menghilangkan minyak semulajadi kulit. Ini menyumbang kepada kulit kering. Selain dari itu, suhu/cuaca sejuk menyebabkan kulit menjadi kering. Kalau kita apply lotion pada kulit but at the same time masih terdedah kepada punca-punca kulit kering, the treatment will not work.

Perubahan hormon dan metabolik dari masa ke semasa mengurangkan pergantian sel kulit mengakibatkan lapisan terluar kulit menebal. Bila tebal, ia menjadi kering dan rapuh. 

Seiring bertambahnya usia, pelindung lemak pada tapak kaki juga jadi semakin nipis. Ini memberi tekanan pada kulit, menyebabkan kulit retak dan pecah.

Sekiranya, lotion dan balm tak menunjukkan sebarang perubahan, barulah cuba supplement untuk kulit.

GreenAard tak ada produk khusus untuk kulit kering atau merawat tumit pecah, but we have Cleansing Gel and Gloei yang kedua-duanya untuk memperbaiki dan merawat masalah berkaitan kulit.

 

Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart