Scrub : Perlu ke tidak?
Muka nampak kusam dan tak bercahaya merupakan masalah kulit yang kerap dialami oleh remaja . Untuk mengatasinya, anda memerlukan rawatan ekstra seperti scrubbing untuk menjadikan wajah lebih cerah. Tapi Girls, penting di sini bahawa anda juga perlu tahu cara membersihkan wajah yang betul menggunakan scrub agar wajah lebih nampak segar dan berseri.
Bagaimana cara menggunakan scrub yang betul ?
Selain mengetahui fungsi scrub, anda juga harus faham cara membersihkan wajah dengan betul menggunakan scrub agar wajah anda kelihatan bersih , Girls. Ini tips nya:
Sebaiknya, pilihlah scrub wajah dari bahan seperti gula, garam, atau kulit kacang tanah untuk meminimakan risiko iritasi pada kulit. Selain itu, bahan scrub akan lebih mudah membuang kotoran dan sel kulit mati pada kulit wajah. Namun, pastikan terlebih dahulu bahawa anda tak de alergi pada bahan-bahan tersebut, ya.
Bilas wajah menggunakan air suam-suam kuku sebelum menggunakan scrub agar pori-pori terbuka dan kotoran dapat terangkat dengan baik sehingga wajah menjadi bersih lebih bagus.
Gunakan sabun pembersih muka terlebih dahulu sebelum apply scrub. Kemudian, ratakan scrub pada bagian dahi, hidung, dagu, dan leher dengan gerakan membulat. Hindari area mata dan bilas hingga bersih.
Hindari terlalu kerap menggunakan scrub jika kulit anda berjerawat. Scrub akan meningkatkan radang pada kulit berjerawat sehingga membuatnya semakin teruk.
Untuk menjaga kelembapan wajah, cukup gunakan scrub 1-2 kali seminggu.
Untuk mengekalkan kelembapan dan buang segala kotoran tu, apa kata korang cuba Cleansing Gel,sememangnya dirumus untuk kulit-kulit bermasalah.
.