Bolehkah Middellyf Shaping Brief menghilangkan lemak badan?

Menurunkan berat badan di kawasan sasaran boleh menjadi sukar jika eat clean dan bersenam bukan perkara yang sesuai untuk anda. Shapewear adalah pakaian yang membantu membuatkan badan kelihatan lebih ramping. Shapewear membantu mengempiskan perut, mengecilkan paha, merampingkan pinggang dan menaikkan punggung, tetapi adakah hasilnya benar-benar bertahan?

Shapewear memberikan mampatan bahagian badan, membantu penampilan yang lebih langsing. Ini bermaksud dapat membantu memampatkan lemak perut, lemak pinggul, lemak paha, lemak lengan, etc. Ramai mengatakan memakai shapewear dapat membantu seseorang menurunkan berat badan. Betul ke?

Ini telah menjadi topik kontroversi selama bertahun-tahun. Terdapat banyak kajian yang dilakukan dan mereka mendapati bahawa shapewear boleh membantu menurunkan berat badan secara INDIRECTLY. Akibat mampatan yang ketat, shapewear akan membuatkan kawasan sasaran berpeluh. Perpeluhan membantu meningkatkan peredaran darah dan dengan itu membantu penurunan berat badan.

Walaupun shapewear membantu menurunkan berat badan tetape penurunan berat badan tidaklah ketara, hanya inchloss sahaja. Jadi, adalah satu penipuan jika ada yang mengatakan shapewear boleh membuatkan seseorang turun berat berkilo-kilo. Ramai juga percaya bahawa semakin ketat shapewear semakin baik. Ini tidak sepenuhnya benar. Untuk hasil yang maksimum, shapewear tidak boleh terlalu ketat sehingga merasa sakit atau sukar membongkokkan badan. Shapewear yang terlalu ketat akan mendorong lemak dengan cara yang salah.

Sekiranya merasa sakit, pening, gatal, atau mengalami sesak nafas, maka hentikan memakai shapewear tersebut. Mungkin terlalu ketat. Shapewear yang sempurna akan membantu anda mendapatkan penampilan yang anda cari sambil merasa sangat selesa menjalankan tugas seharian. Clue : Sekiranya shapewear membuatkan anda malas nak ke tandas kerana it is difficult to remove, in the long run boleh menyebabkan risiko UTI [jangkitan saluran kencing kerana menahan kencing]. Sekiranya ada jangkitan yis (keputihan), jangan pakai sebarang shapewear hingga masalah keputihan selesai.

Tidak perlu memakai sesuatu yang akan mengubah bentuk sepenuhnya. Hanya perlu target bahagian paha, punggung, perut, atau pinggang. Be realistic. Wanita kadang-kadang sengaja membeli shapewear yang lebih kecil to add extra firmness. Ini salah kerana membuatkan badan terlihat lebih besar akibat tonjolan (bulges) yang berlipat-lipat.

Middellyf adalah shaping brief yang tidak terlalu ketat seperti korset. Middellyf bukan bengkung. Middellyf membantu meratakan perut, mengecilkan paha dan merampingkan pinggang tetapi secara peribadi kami tidak mengkategorikan ia sebagai alat untuk menurunkan berat badan. Tetapi ia sememangnya membantu pemakai terlihat lebih ramping.

 

Diana Ishak
Read more
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart