Postpartum Belt Terbaik untuk Pemulihan Selepas Bersalin
Pertama sekali perlu fahami bahawa tubuh badan wanita is amazing. Adalah normal dan sihat untuk badan merasa berbeza selepas melahirkan. Wanita memerlukan 9 bulan to grow baby, jadi sekurang-kurangnya perlu waktu yang sama untuk kembali ke keadaan asal. Apetah lagi jika menyusu badan, badan memerlukan kalori dan banyak minum air supaya bayi mendapat manfaat dari susu. Sekiranya memerlukan sokongan tambahan untuk perut, salah satu pilihan yang adalah Middellyf Postpartum Belt.
Apakah Middellyf Postpartum Belt?
Ia bukannya seperti kain bengkung 2 meter nenek kita dahulu. Konsepnya sama, tetapi tidak sama. Middellyf Postpartum Belt lebih dari sekadar membantu badan kelihatan lebih cantik. Ia adalah medical-grade postpartum belt yang direka untuk membantu dalam pemulihan selepas bersalin. Kelebihan Middellyf Postpartum Belt termasuk:
- membantu pemulihan selepas kelahiran (recovery)
- menggalakkan aliran darah
- memperbaiki postur dan pergerakan
- mengurangkan sakit belakang
- memberikan sokongan pada otot perut anda untuk membantu penyembuhan atau membuatkan pergerakan lebih selesa
- mengurangkan pembengkakan dan pengekalan cecair dalam badan (fluid retention)
Sekiranya melahirkan secara vagina (normal), anda boleh menggunakan bengkung right away. Tetapi sekiranya melalui C-section, harus tunggu hingga luka sembuh dan kering. Jika memilih Middellyf Postpartum Belt, anda boleh menggunakannya terus selepas bersalin kerana ia tidak sekompleks dan seketat bengkung tradisional. Walau bagaimanapun, bincang dengan doktor terlebih dahulu.
Bengkung tradisional menggunakan kain panjang selebar 9 inci dan panjang 16 meter. Tujuannya adalah untuk membungkus perut sekurang-kurangnya 12 jam sehari, selama 30 hari atau lebih. Dengan Middellyf Postpartum Belt, anda boleh memakai selama yang diperlukan setiap hari selagi merasa selesa. Walau bagaimanapun, kami syorkan memakai hanya selama 2 hingga 12 minggu sahaja.