Kerap ambil makanan bergula? Jaga-jaga! Kolagen anda boleh menyusut dengan lebih cepat.

Ya, gula boleh memusnahkan kolagen dalam badan. Proses ini berlaku melalui mekanisme yang dikenali sebagai "glycation". Glycation adalah satu proses di mana molekul gula yang berlebihan dalam darah akan bergabung dengan kolagen, membentuk produk akhir yang dipanggil Advanced Glycation End Products (AGEs).

Apabila kita mengambil makanan yang tinggi kandungan gula, gula berlebihan akan berada dalam aliran darah. Gula yang berlebihan ini akan bergabung dengan protein seperti kolagen melalui proses kimia yang dipanggil glycation. Ini akan membentuk molekul yang tidak stabil dikenali sebagai AGEs. AGEs akan menyebabkan kolagen menjadi keras, rapuh, dan kurang elastik. Ini kerana proses glycation mengubah struktur kimia kolagen, menjadikannya tidak berfungsi dengan baik.

Kolagen yang rosak akan mengurangkan keanjalan dan kelembutan kulit, menyebabkan kedutan dan tanda-tanda penuaan lain. Kulit akan kelihatan lebih tua. Selain daripada kulit, glycation juga menjejaskan tisu penghubung lain dalam badan, termasuk dalam sendi dan organ dalaman. Gloei adalah produk yang membantu badan anda menghasilkan kolagen, tanpa bantuan kolagen haiwan. Tetapi sekiranya anda masih lagi konsisten mengambil makanan/minuman manis, badan akan menghadapi konflik dalam menghasilkan kolagen.

Sepanjang mengambil Gloei, hadkan pengambilan gula kepada 1 kali sehari (jika berhenti terus, lebih baik). Jika mampu, teruskan sehingga 3 bulan, kemudian lihat hasil kulit anda.

Diana Ishak
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart