GC Plus / senaman berlebihan

Bolehkah Lemak Menjadi Otot?

Mencuba untuk buang lemak dan membina otot serentak adalah goal bagi ramai orang. Antara mitos yang paling popular adalah lemak boleh diubah menjadi otot melalui latihan angkat berat atau senaman. Hakikatnya, proses kehilangan lemak dan pembentukan otot isn’t quite that simple.

Adakah lemak berubah menjadi otot?
Jawapannya, TIDAK. Otot dan lemak terdiri daripada sel yang berbeza. Otot datang dalam tiga bentuk: rangka, otot jantung dan otot halus (kebanyakannya dalam usus). Otot yang selalu kita sebut-sebut adalah merujuk kepada otot rangka.

Tisu otot rangka terdiri daripada blok protein. Sebaliknya, lemak badan terdiri daripada trigliserida. Oleh kerana sel otot dan lemak mempunyai komposisi kimia yang berbeza, maka kedua-duanya tidak dapat ditukarkan menjadi satu sama lain.

[Trigliserida adalah salah satu komponen kolesterol. Boleh nampak kan, apa kaitan berat badan dengan kolesterol?]

Apa yang berubah semasa berat badan berkurangan? Penurunan berat badan adalah kombinasi:
  • kehilangan lemak
  • penyusutan saiz otot, dan
  • pengurangan simpanan glikogen (berat air).
Seelok-eloknya, penurunan berat badan adalah disebabkan kehilangan lemak sahaja. Untuk menurunkan berat badan, badan mesti mendapat kurang kalori. Badan mesti makan sedikit kalori daripada yang diperlukan. Tetapi, kekurangan kalori yang terlalu besar boleh menyebabkan kehilangan saiz otot kerana badan akan memecahkan otot untuk digunakan sebagai sumber tenaga.

Oleh itu, disyorkan kekurangan kalori yang sihat adalah sekitar 500 kalori sahaja. Contoh, jika keperluan kalori anda adalah 1600 kalori sehari, kurangkan 20% (320 kalori). Kalori baru anda sekitar 1400 kalori. Amalkan kalori baru ini selama 1 minggu dan lihat berat badan berkurangan. [320 kalori bersamaan sepinggan nasi lemak ayam].

Semasa badan mendapat kekurangan kalori yang sederhana ini, lemak badan akan digunakan sebagai tenaga untuk menyokong fungsi biasa badan, bukannya otot. Trigliserida yang disimpan dalam sel lemak dipecahkan sebagai sumber tenaga utama. Jadi, boleh faham kan bila kami katakan berat badan yang susah untuk turun ada kaitan dengan kolesterol tinggi? Untuk mengurangkan lemak, badan mesti kekurangan kalori. Caranya:
  • kurangkan pengambilan makanan
  • tambahkan aktiviti fizikal anda, atau
  • gabungan kedua-duanya.
Jangan bersenam berlebihan kerana ia menghentikan badan membakar lemak.
Diana Ishak
Read more
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart